Page 97 - Nilai Shahid al-Quran
P. 97
banyak keadaan dan disandarkan kepada jumlah ismiyyah dalam keadaan yang sedikit
(Al-Ansari, 1984).
Bersandarkan kepada teori Nahu al-Quran (1984) sebagaimana yang dicadangkan oleh
al-Ansari juga, kelihatan ayat dalam bahasa Arab boleh dibina sama ada menggunakan
c
idha al-shartiyyah bersama jumlah fi liyyah atau jumlah al-ismiyyah tanpa sebarang
kecacatan pada susunan tatabahasanya. Perkara ini secara tidak langsung dapat
meluaskan skop membina ayat dalam bahasa Arab, membuka ruang kreativiti dan
membentuk keindahan dan kecantikan susunan dalam berbahasa. Hal ini demikian
kerana al-Quran adalah sumber kalam yang tidak ada kalam lain lebih tepat daripada
kalam-Nya (Al-Dhunaybat, 2008).
Daripada perbincangan ini dapat disimpulkan bahawa SQ boleh dikatakan
menyumbang terhadap kesatuan dalam berbahasa Arab, di samping dapat memberi
ketenangan, keindahan dan kreativiti berbahasa yang unggul.
2.2.4.2 Bentuk-bentuk kajian SQ dalam tatabahasa Arab
Selepas kemunculan teori Nahu al-Quran (al-Ansari, 1984) yang menekankan kepada
kepentingan al-Quran dijadikan rujukan utama dalam tatabahasa Arab, terdapat
banyak kajian dilakukan bagi melihat fenomena dan kesan al-Quran dalam bidang ini
bertemakan kajian SQ.
Dalam tempoh 30 tahun selepas kemunculan teori tersebut, terdapat lebih 19 kajian
yang menggunakan terma SQ bagi melihat pengaruh dan kesan al-Quran yang
digunakan sebagai shahid dalam tatabahasa. Jumlah ini tidak termasuk kajian dengan
79