Page 47 - Nilai Shahid al-Quran
P. 47

daripada analisis kandungan SQ dalam korpus kajian, manakala data sokongan pula

                       terdiri daripada data analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.




                       Kajian  ini  menggunakan  teknik  pengumpulan  data  menerusi  kaedah  analisis


                       kandungan bagi memperolehi data pola, fungsi, tawjih dan nilai SQ. Teknik ini juga

                       digunakan  bagi  membandingkan  data  yang  menjelaskan  riwayat  hidup  SA  dan


                       maklumat  berkaitan  kitab  Tashil.  Kaedah  analisis  dokumen  digunakan  sepenuhnya

                       bagi menelusuri biodata SA dan sumbangan beliau serta mengumpul data berkaitan

                       kitab Tashil secara terperinci.




                       Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengumpul data yang memperlihatkan nilai di


                       sebalik pola, fungsi, tawjih dan penggunaan SQ dalam amalan pengajaran kitab Tashil

                       di lapangan kajian. Satu senarai semak dan nota lapangan disediakan bagi memenuhi


                       tujuan ini. Setiap sesi pemerhatian turut dirakam menggunakan perakam suara Sony

                       Stereo IC Recorder.




                       Kaedah  temu  bual  pula  digunakan  bagi  mengumpul  data  berbentuk  respon  para


                       peserta  kajian  terhadap  riwayat  hidup  SA,  pengaruh  kitab  Tashil  dan  nilai  yang

                       diterokai daripada penggunaan SQ dalam kitab Tashil. Setiap temu bual akan direkod

                       menggunakan perakam suara Sony Stereo IC Recorder. Kemudian daripada itu, satu


                       transkripsi disediakan untuk tujuan analisis secara mendalam dan terperinci.




                       1.8.3.1  Tatacara pengumpulan data analisis kandungan.

                       SA  hanya  menyebut  secara  langsung  SQ  dalam  kitab  Tashil  tanpa  menyebut  nama


                       surah  dan  nombor  ayatnya.  Walau  bagaimanapun  tokoh  ini  memiliki  adab  yang



                                                               29
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52