Page 45 - Nilai Shahid al-Quran
P. 45

1.8.2.1  Rasional pemilihan korpus kajian

                       Korpus kajian  yang dipilih adalah sebuah karya  SA dalam bidang tatabahasa Arab,


                       iaitu kitab Tashil. Kitab ini dipilih berdasarkan kepada faktor-faktor yang berikut:




                       i.     Kitab Tashil dipelajari di beberapa buah tempat di dunia Islam, Antaranya di

                       Mekah,  Mesir  dan  sehingga  kini  masih  lagi  diajar  di  pondok-pondok  di  Malaysia,


                       Selatan Thailand dan Indonesia (Adnan Suemae, 2005; Wan Mohd Shaghir, 2005).



                       ii.    Kitab Tashil dicetak oleh pelbagai syarikat percetakan yang terkenal pada abad


                       ke-19  dan  20.  Syarikat  Khazanah  Fathaniyah  yang  dimiliki  oleh  cucunda  SA

                                                                                      5
                       mencetak  dan  mengedarkan  kitab  ini  dalam  bentuk  wakaf  ilmu .  Menurut  pegawai

                       penerbitan di syarikat Khazanah Fathaniyah, kitab Tashil telah dicetak untuk tujuan

                       wakaf sebanyak 16,500 naskhah, iaitu 500 naskhah pada tahun 2005, 5000 naskhah


                       pada tahun 2011, 1000 naskhah dicetak di Aceh pada tahun sama 2011 dan 10,000

                       pada tahun 2012. Kitab ini telah dijadikan wakaf dan telah dihantar ke pondok-pondok


                       di Malaysia, Selatan Thai, dan di Indonesia. Edarannya lebih kurang 10,000 naskhah

                       telah dihantar ke beberapa pondok di empat wilayah Selatan Thai; iaitu Patani, Yala,


                       Narathiwat dan Songkla. 5,000 naskhah telah diedarkan ke pondok di Malaysia; iaitu

                       di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan lain-lain, manakala 1500 naskhah telah

                       dihantar ke Palembang, Aceh, Kalimantan dan ke Pulau Jawa (TT/T2:2).




                       iii.   Kitab Tashil mempersembahkan penggunaan SQ yang banyak. Kitab ini juga


                       dihasilkan  oleh  tokoh  tatabahasa  Arab  Nusantara.  Walaupun  terdapat  kitab  tapak






                       5  Dijual dengan harga RM10.00 untuk diwakafkan kepada pelajar-pelajar pondok di seluruh Nusantara;
                       Selatan Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapuran & Brunei (http://khazanahfathaniyah.blogspot.com).
                                                               27
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50