Page 43 - Nilai Shahid al-Quran
P. 43
berbentuk kualitatif, kerana kebanyakan masalah yang berkait dengan pendidikan
melibatkan manusia dalam konteks (tempat dan masa) tertentu yang memerlukan
penyelesaian yang realistik dan berasas. Pendekatan kualitatif yang memfokuskan
makna atau maksud dalam konteks yang sebenar dapat memenuhi keperluan tersebut.
Oleh yang demikian, berdasarkan ciri-ciri dan latar belakang kajian ini maka
pendekatan kualitatif adalah dilihat amat sesuai untuk diikuti.
Kaedah yang akan digunapakai bagi mencapai maksud kajian ini adalah kaedah
analisis dokumen, analisis kandungan, pemerhatian dan temu bual. Kaedah-kaedah
tersebut sememangnya sesuai dan dicadangkan bagi kajian yang berbentuk kualitatif
(Creswell, 2007). Secara terperinci, kaedah-kaedah tersebut dijelaskan seperti berikut:
1. Kaedah analisis dokumen adalah dengan meneliti data yang didokumenkan
seperti buku, manuskrip, tesis, disertasi, latihan akademik, sijil-sijil
penghargaan dan seumpamanya. Kaedah ini sesuai dijalankan bagi menjawab
persoalan kajian yang melibatkan asal usul SA dan sejarah serta pengaruh
kitab Tashil yang merupakan karya terbesar tokoh ini dalam bidang tatabahasa
Arab di Nusantara.
2. Kaedah analisis kandungan adalah satu kaedah yang digunakan bagi
menganalisis data yang berbentuk tekstual sesuatu dokumen. Kaedah ini
adalah sesuai digunakan bagi menjawab persoalan kajian mengenai pola,
fungsi dan tawjih bagi meneroka nilai SQ dalam kitab Tashil.
25