Page 44 - Nilai Shahid al-Quran
P. 44
3. Kaedah pemerhatian pula adalah kaedah yang digunakan bagi memerhati
sesuatu fenomena. Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian dijalankan ke atas
sebuah kelas pengajian kitab Tashil di sebuah pondok di Kelantan yang dipilih
secara bertujuan. Pondok tersebut dipilih kerana mengadakan pengajaran kitab
secara tradisional, iaitu prinsip bacaan kitab dari kulit ke kulit dengan
huraiannya disampaikan oleh seorang guru yang mahir dan berkelayakan.
4. Kaedah temu bual pula adalah aktiviti pengkaji menyoal peserta kajian bagi
mendapatkan jawapan atau maklum balas. Dalam kajian ini, kaedah temu bual
separa berstruktur akan dijalankan ke atas dua orang guru yang mengajar kitab
Tashil dan seorang pelajar kelas berkenaan di sebuah pondok pilihan.
Data utama kajian diperoleh melalui kaedah analisis kandungan kitab Tashil,
manakala kedua-dua kaedah pemerhatian dan temu bual yang ditetapkan ini adalah
bagi tujuan mengumpul data sokongan kajian ini sahaja. Ketiga-tiga kaedah ini
membentuk triangulasi yang secara tidak langsung akan mengesahkan data kajian
kualitatif (Creswell, 2012b).
1.8.2 Skop dan Limitasi Kajian
Kajian ini menumpukan kepada nilai yang akan diterokai daripada sebuah korpus
kajian, iaitu kitab Tashil. Fokus kajian adalah huraian SQ berdasarkan kitab tafsir dan
mukjizat al-Quran yang muktabar bagi mengeksplorasi nilai-nilai yang dihasratkan.
26