Page 46 - Final Sejarah Wilayah Perbatasan
P. 46

alur yang cukup dalam merupakan tempat yang ideal bagi armada pelayaran untuk
                 berlindung dari serangan badai atau untuk berlabuh mengisi perbekalan.

                 Sosial Kultural
                 Sumber tertulis yang menyebutkan kehidupan sosial kultural pada masa Kerajaan
                 Bintan, belum dapat dapat diketahui secara pasti. Namun,  kehidupan sosial kultural
                 pada masa Kerajaan Bintan menyisakan beberapa cerita rakyat yang berkembang. Ada
                 beberapa cerita rakyat yang terkait dengan keberadaan  Kerajaan Bintan, di antaranya,
                 adalah sebagai berikut.

                     1.  Siapa pun keturunan Bintan yang pergi ke Kota Tinggi di Johor, mereka
                        akan muntah darah dan meninggal seketika.
                        Ini cerita suku Bintan. Ada satu orang Bintan, dia itu hamba raja, di bawah
                        raja. Laksamana Megat Seri Rama namanya. Jadi, ini cerita Sultan Mahmud
                        juga. Sultan Mahmud—dia itu keturunan sultan dari Palembang, ya, sampai
                        ke Johor, sampai ke Melaka, balik lagi ke Johor. Sultan Mahmud dia tak ada
                        punya anak. Dia ada isteri, tapi dia tidak suka tidur sama isteri, dia suka cari
                        orang halus.

                        Jadi,  Megat Seri  Rama yang tersebut tadi,  dia  ada  isteri.  (Ya,  itu megat
                        macam panglimalah,  menjaga  kerajaan,  menjaga  laut-laut semua  sekali,
                        macam perwiralah). Jadi, pada suatu hari isteri Megat mengandung, ingin
                        mahu makan nangka. Di belakang raja punya rumah ada pohon nangka.
                        Jadi, penjaga kebun dia tengok raja lagi sedang tidur, itu ada nangka busuk,
                        kasi sikit sama isteri Megat. Jadi, raja bangun dari tidur siang itu; orang
                        istana, yang pengkebun itu, dia sembahkan nangka. Tapi dia bilang, ‘Tadi
                        ada satu yang busuk, saya kasi sama isteri Megat kerana isteri Megat itu
                        mengandung, mahu makan nangka.’ Jadi, raja marah bilang, ‘Aku belum
                        makan, engkau kasi sama orang. Panggil orang itu, aku mahu lihat anak
                        dalam perut, betul tak itu makan nangka.’ Jadi, dia dipanggil betul-betul dia
                        belah perut isteri Megat, lihat betul anak di dalam perut itu makan nangka.
                        Itu cerita Melayu. Kalau nya tak percaya, Tanya itu; semua orang bilang.

                        Jadi, Megat tentulah marah. Dia balik dari laut; dia jaga perampok-perampok
                        itu semua. Dia marah begitu macam: kalau baik berpada-pada, kalau jahat,
                        jangan sekali. Artinya, kalau kita baik, baik betul-betullah; tapi kalau mau
                        jahat, jahat satu kali, jangan bikin baik lagi. Jadi, dia bilang begitu macam,
                        ‘Aku baik sama raja jaga keamanan, tapi raja balas macam ini juga. Kalau
                        begitu, baik aku baik percuma apa pada raja; kalau begitu, aku jahat satu
                        kali.’ Jadi, Megat balek, dia tahu raja sudah bunuh isterinya, dia bilang, ‘Satu
                        kali aku mesti bunuh sama ini raja.’ Jadi itu raja sudah ragu. Hari Jumaat
                        pergi sembahyang, raja itu pergi pakai julang. Kemudian dah tu raja sudah
                        turun pada sembahyang. Jadi Megat ambil keris tikam itu raja. Habis. Tapi
                        itu raja sempat ambil itu keris; dia lempar kena itu Megat. Megat matilah;
                        jadi  itu sultan  sumpah,  ‘Itu  orang  Bintan  sampai  tujuh  keturunan  tidak
                        boleh pergi ke Johor; kalau naik ke Johor, muntah darah, mati.’

                        Betul, nya. Tapi kalau sekarang saya tak tahulah. Tapi kalau sepuluh tahun



                 Mutiara di Ujung Utara                                                           29
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51